Aspirasi manusia yang asas ini, walau bagaimanapun tidak dicapai oleh warfanegara dunia yang semakin ramai, di negara-negara membangun mahupun di negara maju. Namun yang menyedihkan adalah mengikut petanda-petanda yang disusun oleh Pusat Penempatan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih dari 100 juta manusia tinggal dalam keadaan langsung tiada tempat tinggal, manakala bagi lebih satu bilion orang telah dipaksa tinggal di rumah yang keadaanya amat tidak sesuai, mengancam kesihatan, keselamatan dan maruah mereka.
Hak perumahan yang cukup, sebagai satu komponen yang jelas dan unik dalam undang-undang hak asasi antarabangsa, mendapat pengiktirafan dalam pelbagai bentu perjanjian, deklarasi, persetujuan, usul, resolusi dan teks undang-undang yang lain. Dalam sisten perundangan hak asasi antarabangsa, satu analisa tentang pengiktirafan undang-undang dan formulasi hak perumahan mesti bermula dengan Fasa 25 (1), Deklarasai Sejagat Hak Asasi Manusia. Fasal ini menjadi asas penting untuk aspek utama bagi kesemua hak ekonomi, sosial dan budaya, hak untuk tahap kehidupan yang cukup berkesan (adequate) yang menandakan hak untuk perumahan yang mencukupi. Fasal 25 (1) berbunyi:-
"Setiap orang mempunyai hak memiliki tahap kehidupan yang memadai untuk kesihatan dan kesejahteraan dirinya dan keluarganya, termasuk makanan, pakaian dan perumahan."
Isu Kesukaran Memiliki & Menyewa Rumah
Mutakhir ini kita sering mendengar tentang golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) ekoran dari kos sara hidup yang tinggi ataupun mereka hilang punca pencarian rezeki. Kebanyakan mereka menjadikan tempat umum sebagai tempat tinggal seperti di kaki lima, bawah jambatan dan sebagainya.
Di bawah ini dikongsikan beberapa isu dalam negara dan juga di luar negara berkaitan golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal:-
"Tiada Siapa Mahu Ambil Tahu Masalah Kami"
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tiada-siapa-nak-ambil-tahu-masalah-kami-1.410768
Rumah Mahal, Gelandangan Jadikan McDonald’s Tempat Bermalam
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/rumah-mahal-gelandangan-jadikan-mcdonalds-tempat-bermalam#sthash.aXwBnW0P.dpuf