Aspirasi manusia yang asas ini, walau bagaimanapun tidak dicapai oleh warfanegara dunia yang semakin ramai, di negara-negara membangun mahupun di negara maju. Namun yang menyedihkan adalah mengikut petanda-petanda yang disusun oleh Pusat Penempatan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih dari 100 juta manusia tinggal dalam keadaan langsung tiada tempat tinggal, manakala bagi lebih satu bilion orang telah dipaksa tinggal di rumah yang keadaanya amat tidak sesuai, mengancam kesihatan, keselamatan dan maruah mereka.
Hak perumahan yang cukup, sebagai satu komponen yang jelas dan unik dalam undang-undang hak asasi antarabangsa, mendapat pengiktirafan dalam pelbagai bentu perjanjian, deklarasi, persetujuan, usul, resolusi dan teks undang-undang yang lain. Dalam sisten perundangan hak asasi antarabangsa, satu analisa tentang pengiktirafan undang-undang dan formulasi hak perumahan mesti bermula dengan Fasa 25 (1), Deklarasai Sejagat Hak Asasi Manusia. Fasal ini menjadi asas penting untuk aspek utama bagi kesemua hak ekonomi, sosial dan budaya, hak untuk tahap kehidupan yang cukup berkesan (adequate) yang menandakan hak untuk perumahan yang mencukupi. Fasal 25 (1) berbunyi:-
"Setiap orang mempunyai hak memiliki tahap kehidupan yang memadai untuk kesihatan dan kesejahteraan dirinya dan keluarganya, termasuk makanan, pakaian dan perumahan."
Isu Kesukaran Memiliki & Menyewa Rumah
Mutakhir ini kita sering mendengar tentang golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) ekoran dari kos sara hidup yang tinggi ataupun mereka hilang punca pencarian rezeki. Kebanyakan mereka menjadikan tempat umum sebagai tempat tinggal seperti di kaki lima, bawah jambatan dan sebagainya.
Di bawah ini dikongsikan beberapa isu dalam negara dan juga di luar negara berkaitan golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal:-
"Tiada Siapa Mahu Ambil Tahu Masalah Kami"
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tiada-siapa-nak-ambil-tahu-masalah-kami-1.410768
Rumah Mahal, Gelandangan Jadikan McDonald’s Tempat Bermalam
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/rumah-mahal-gelandangan-jadikan-mcdonalds-tempat-bermalam#sthash.aXwBnW0P.dpuf
Harga rumah saban hari makin naik dan ini menyebabkan ramai rakyat tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Perkara ini pihak kerajaan perlu kawal harga rumah agar ia tidak dinaikkan dengan harga yang tidak munasabah.
ReplyDeleteSaya setuju dgn pandangan us noorlee..kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih serius..
DeleteSalam.terima kasih diatas pengkongsian artikal ini kerana sejak akhir2 ini ramai rakyat di malaysia menjadi pelarian di bumi malaysia.muda2han pihak2 yang berwajib dan kita rakyat malaysia dapat membantu mereka agar dapat keluar dari masalah ini.
ReplyDeletemohamad solehhuddin b.shuid( GB02397)
Terima kasih us soleh atas komentarnya...pandangan yang baik..
DeleteSalam.terima kasih diatas pengkongsian artikal ini kerana sejak akhir2 ini ramai rakyat di malaysia menjadi pelarian di bumi malaysia.muda2han pihak2 yang berwajib dan kita rakyat malaysia dapat membantu mereka agar dapat keluar dari masalah ini.
ReplyDeletemohamad solehhuddin b.shuid( GB02397)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteArtikel ini amat bertepatan dengan situasi majoriti penduduk bandar.Dengan harga minyak dunia terkini menjunam, nilai mata wang yang masih merosot harga barang yang rata-rata masih tinggi.Bagaikan tiada apa yang mampu dilakukan bagi memiliki kediaman sendiri di bandar-bandar besar. Hanya si hartawan yang mampu bertahan. Situasi yang menyedihan.
ReplyDeleteGB02367 Ahmad Zailan Osman
Terima kasih us zailan atas komentarnya..sagt bertepatan dgn situasi semasa..
DeleteHari ini kita lihat ramai orang melayu yang dahulunya tuan milik tanah dibumi bertuah Malaysia ini menjadi seperti kaum pendatang yang tidak puanyai apa2...tanah yang telah digadaikan dengan harga murah telah dimanupulasi harganya oleh pemaju dengan harga yang diluar kemampuan kita...mohon pihak berkuasa melihat mengkaji kenapa perkara ini terjadi....jangan sampi satu ketika nanti kita seperti menumpang ditanah sendiri..fikir-fikirkanlah....
ReplyDeleteHasrol bin Khalid GB 02391
Benar us hasrol...itulah realitinya sekrang ini..kebanyakan rumah yang dibuat terutama di bandar hanyalah Rumah Mampu Tengok dan Rumah Mampu Tanya..memng benar pasran rumah di negara ini bersifat pasran terbuka tetapi kerajaan mempunyai kuasa untuk mngawalnya..kerana kadang2 terdapat orang yng kaya2 rumahnya lebih dari 2 dengan membeli rumah2 mampu milik jugak utk dibuat sewa sehingga mengambil hak org lain yang lebih memerlukan..perkra sebegini perlu dikwal..
DeleteBenar us hasrol...itulah realitinya sekrang ini..kebanyakan rumah yang dibuat terutama di bandar hanyalah Rumah Mampu Tengok dan Rumah Mampu Tanya..memng benar pasran rumah di negara ini bersifat pasran terbuka tetapi kerajaan mempunyai kuasa untuk mngawalnya..kerana kadang2 terdapat orang yng kaya2 rumahnya lebih dari 2 dengan membeli rumah2 mampu milik jugak utk dibuat sewa sehingga mengambil hak org lain yang lebih memerlukan..perkra sebegini perlu dikwal..
DeleteTerima kasih dengan berkongsikan satu tajuk yang amat menarik dan semasa.Namun isu ini sebenarnya sudah lama yang tidak pernah selesai.bermula dari pemerintah sehinggalah ke peringkat bawahan. Walaupun PM telah mengumumkan rumah mampu bilik kepada rumah pertama sahaja namun itu bukanlah jalan penyelesaiannya semerta- serta.isu ini sebenarnya tertumpu di kawasan yang tinggi kos. Apabila tiada pendekatan diambil oleh kerajaan negeri dan persekutuan akhirnya rakyat yang menderita kerana menanggung kos sama ada kos membeli rumah dan menyewa rumah terlalu tinggi. Jalan penyelesaiannya sepatutnya kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan menetapkan harga rumah dan memperkuatkan peraturan yang tidak membolehkan rumah dijual begitu tinggi sehinggakan menjadi rumah mampu tengok sahaja.
ReplyDeleteMohamad solehhuddin b.shuid,Gb02397,
msholehhuddin.blogspot.my
Terima kasih dengan berkongsikan satu tajuk yang amat menarik dan semasa.Namun isu ini sebenarnya sudah lama yang tidak pernah selesai.bermula dari pemerintah sehinggalah ke peringkat bawahan. Walaupun PM telah mengumumkan rumah mampu bilik kepada rumah pertama sahaja namun itu bukanlah jalan penyelesaiannya semerta- serta.isu ini sebenarnya tertumpu di kawasan yang tinggi kos. Apabila tiada pendekatan diambil oleh kerajaan negeri dan persekutuan akhirnya rakyat yang menderita kerana menanggung kos sama ada kos membeli rumah dan menyewa rumah terlalu tinggi. Jalan penyelesaiannya sepatutnya kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan menetapkan harga rumah dan memperkuatkan peraturan yang tidak membolehkan rumah dijual begitu tinggi sehinggakan menjadi rumah mampu tengok sahaja.
ReplyDeleteMohamad solehhuddin b.shuid,Gb02397,
msholehhuddin.blogspot.my
SALAM..
ReplyDeleteITULAH YANG TERJADI SEKARANG NI..
RUMAH YANG DIJUAL TIDAK MAMPU UNTUK ORANG MELAYU MILIKINYA, DISEBABKAN HARGA YANG DILETAK TERLALU TINGGI.
WALAUPUN ADA SKIM RUMAH MAMPU MILIK TETAPI IANYA MASIH TERHAD UNTUK DIMILIKI OLEH GOLONGAN YANG TIDAK BERKEMAMPUAN.DAN ADA JUGA LUAHAN RAKYAT MENGATAKAN "JIKA NAK RUMAH KERAJAAN MESTILAH ADA ORANG DALAM, JIKA TIDAK..PELUANG UNTUK MENDAPATKAN RUMAH TERSEBUT BEGITU NIPIS". ADAKAH IANYA BENAR???
MOHON PADA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB AGAR MEMANTAU DAN MENGAMBILKIRA SEMUA PERMOHONAN YANG DIBUAT, JANGAN BERAT SEBELAH. WALLAHUA'LAM
GB02383 SITI HALIJAH BINTI HASHIM
kategori rumah pada zaman moden..
ReplyDelete1. Rumah mampu tengok - Rumah banglo & rumah semi D
2. Rumah mampu milik - Pangsapuri & rumah flat
3. Rumah pasti milik - kubur